Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘scammer’ berasal dari Jitra Kedah sibuk menyerang dan memfitnah Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Antara dakwaan serius yang dibangkitkan beliau ialah tuduhan bahawa pemberian tanah di Pahang diatur oleh Menteri Besar melalui proksi—walaupun semua itu hanya tuduhan semata-mata.
Amat wajar Menteri Besar Pahang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut bagi mempertahankan nama baik beliau serta menuntut pihak yang membuat tuduhan mengemukakan bukti.
Persoalan besar mengapa orang Kedah menyibuk hal Negeri Pahang?
SIAPA DATO’ ‘SCAMMER’ MOHAMMAD HAROMEN ZAKI AL MAGHRIBI?
Terdapat dakwaan penipuan oleh Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi, yang tersebar dalam media sosial termasuk menerusi mesej WhatsApp daripada pihak yang mendakwa mengenalinya. Mereka menuduh beliau memperdaya orang ramai melibatkan wang, selain mendakwa terdapat kes berkaitan dirinya di Jitra, Kangar dan Bera.

Sebelum ini, beliau didakwa menggunakan nama beberapa syarikat serta pelbagai jawatan untuk meyakinkan pihak lain bahawa dirinya seorang ahli perniagaan berjaya. Dakwaan berkenaan turut mempersoalkan pencapaian sebenar kegiatan yang dikaitkan dengannya dalam bidang pembinaan, koperasi, perniagaan dan pertubuhan.
Antara jawatan yang disenaraikan dalam profil yang dikaitkan dengannya ialah CEO Jitra Mega Advance Construction; Pengerusi Koperasi Usahaniaga Bumiputera Kedah Berhad; Penaung Asna Harvest Venture Resources; CEO Asna Internasional Sdn Bhd; CEO Bahtera Utara Worldwide; Penaung Kedah Internasional Bike Week; “Board of Holders” Quidt Holding; Penaung Pahang Internasional Bike Week; Penasihat Bahtera Selatan Worldwide; Penasihat Kontraktor Perumahan Mega Resources; Penasihat Pertubuhan ANK; serta Presiden Pertubuhan Agrotex Holdings.

Deretan jawatan itu menimbulkan persoalan: apakah projek yang benar-benar berjaya dilaksanakan dan apakah rekod pencapaian yang boleh dikemukakan bagi menyokong gambaran kejayaan tersebut? Pekerjaan paling berjaya ialah menjadi ‘scammer’, Jenayah, ugutan dan ‘kaki fitnah’.
Dihukum penjara dua tahun, denda RM4,000 kerana cederakan bekas bapa mentua
Perkara mengejutkan Mohamad Haromen Zaki Maghribi pernah dilaporkan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret George Town selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas bapa mentuanya, Yacob Aman Syah, yang berusia 62 tahun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 13 April 2012 di Jalan Pemancar, Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Bagaimanapun, Majistret L. Umma Devi membenarkan pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Bayangkan mentua pun dia pukul!
Empat rekod kes laporan Polis
Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi bin Mohammad Hashim disenaraikan dalam empat rekod laporan polis berkaitan ugutan jenayah, penipuan, fitnah dan penyalahgunaan komunikasi. Rekod JITRA/010079/21, bertarikh 5 Disember 2021, di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan ditandakan “DIHUKUM”, tanpa butiran hukuman dalam senarai tersebut.
Tiga rekod lain berstatus NFA, iaitu tiada tindakan lanjut: JITRA/010077/21 di bawah Seksyen 507 berkaitan ugutan melalui komunikasi tanpa nama; ARAU/002946/23, bertarikh 22 September 2023, di bawah Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah; dan MATA AYER/001509/23, bertarikh 24 Oktober 2023, yang menyenaraikan Seksyen 500 berkaitan fitnah jenayah serta catatan “233 MA” dan “14 MOA”, dipercayai merujuk kepada peruntukan berkaitan penyalahgunaan komunikasi dan kelakuan menghina yang boleh mencetuskan pecah keamanan.

Kes penipuan projek pelaburan pasir di Rompin
Orang Kedah tapi menjadi penipu di Pahang. Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi turut dikaitkan dengan satu laporan polis berhubung dakwaan penipuan pelaburan projek pasir di Rompin, Pahang. Pengadu, Muhammad Badrul Amin bin Muhammad Halim, mendakwa beliau dan bapanya diperdaya menerusi tawaran pelaburan tersebut selepas diperkenalkan kepada Haromen melalui seorang kenalan. Pertemuan pertama mereka dikatakan berlangsung pada 25 Disember 2020 di Kepala Batas, Kedah.
Menurut pengadu, Haromen menawarkan penyertaan dalam projek yang dikatakan akan mengeksport kira-kira 200,000 tan pasir sebulan ke China. Tawaran awal membabitkan modal RM68,000, dengan pulangan yang dinyatakan sebanyak USD0.07 bagi setiap tan pasir. Pengadu mendakwa bayaran pendahuluan RM5,000 dibuat pada 29 Disember 2020, manakala bayaran modal yang dinyatakan berjumlah RM61,100 diserahkan secara tunai dan melalui transaksi dalam talian.

Pada Mac 2021, Haromen didakwa meminta tambahan RM32,000 bagi meningkatkan sasaran modal kepada RM100,000, dengan kadar pulangan ditawarkan meningkat kepada USD0.10 bagi setiap tan pasir. Grafik tersebut turut menyatakan pulangan yang dijanjikan sebanyak RM80,000 serta perjanjian bertarikh 7 April 2021.
Bagaimanapun, pengadu mendakwa pembayaran pulangan berulang kali ditangguhkan, daripada Jun kepada September dan November 2021, sebelum dianjak lagi ke awal 2022. Antara alasan yang dikatakan diberikan ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), urusan mesin, keadaan cuaca dan menunggu kelulusan kabinet. Pengadu turut mendakwa resit yang dijanjikan tidak diterimanya. Malah tandangan surat Menteri KPKT pun dipalsukan.



Mohamad Haromen Zaki Al Maghribi dan Dato’ Palsu
Semakan dengan Bahagian Adat Istiadat dan Protokol mendapati nama Mohamad Haromen Zaki Maghribi, yang menggunakan gelaran “Dato’”, tidak tersenarai dalam rekod penerima darjah kebesaran yang disemak. Dapatan itu menimbulkan persoalan mengenai kesahihan gelaran tersebut dan memerlukan penjelasan beliau tentang pihak yang mengurniakannya, nama darjah kebesaran serta tahun penganugerahan.
Penggunaan gelaran kebesaran tanpa hak boleh membawa implikasi jenayah. Di peringkat Persekutuan, Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang Berhubungan dengan Anugerah 2017 [Akta 787] melarang penggunaan gelaran daripada anugerah tidak diiktiraf yang berupa sebagai anugerah Yang di-Pertuan Agong. Jika sabit kesalahan, Seksyen 3(3) memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun. www.istiadat.gov.my
Di Pahang pula, penggunaan gelaran kebesaran negeri tanpa hak bagi tujuan perniagaan boleh melibatkan Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017. Hukuman di bawah Seksyen 3(3) ialah denda RM250,000 hingga RM500,000, atau penjara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Maka siapa Mohamad Haromen Zaki Al Maghribi seorang scammer mahu mencampuri urusan di Negeri Pahang? Kerajaan Negeri wajar menyaman ‘scammer’ ini. Heret dia ke mahkamah kerana dia buat kerja-kerja memfitnah untuk dapat wang





