Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta bersama keluarga, menurut peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata, anak guamnya sudah menerima perintah daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berserta lampiran yang memperincikan syarat dan mekanisme pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Menurut Shafee, perintah berkenaan bukan sahaja menetapkan terma tahanan rumah, malah turut menggariskan kaedah pelaksanaannya.

Bagaimanapun, katanya, Najib dimaklumkan oleh Jabatan Penjara supaya tidak mendedahkan kandungan perintah tersebut bagi mengelakkan spekulasi dan perbahasan awam mengenai butirannya.

Ketika ditanya mengenai lokasi pelaksanaan tahanan rumah itu, Shafee mengesahkan kediaman Najib di Langgak Duta sudah ditetapkan sebagai tempat beliau menjalani baki hukuman.

“Yang itu sudah disahkan di Langgak Duta. Beliau boleh tinggal bersama keluarganya,” katanya.

Menurut laporan berkenaan, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu dilaporkan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-64.

Najib sebelum ini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas sabitan kes SRC International terhadapnya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Related Posts

  • Utama
  • October 15, 2026
  • 5 views
Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

KUANTAN: Sebanyak 122 hak milik tanah milik syarikat Berjaya di Bukit Tinggi, Bentong dilucuthakkan kepada kerajaan Pahang selepas gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah RM70.48 juta. Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang…

  • Utama
  • October 15, 2026
  • 2 views
Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

Kerajaan Pahang kekal mempertahankan tindakan penguatkuasaan terhadap hartanah Berjaya Hills Resort Bhd di Bukit Tinggi, Bentong, meskipun syarikat itu memperoleh penangguhan sementara terhadap pelucuthakan beberapa premisnya. Menteri Besar, Datuk Seri…

You Missed

Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

  • October 15, 2026
Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

  • October 15, 2026
Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

  • October 14, 2026
Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

Resort terbiar di Sungai Lembing jadi pusat scam, 98 ditahan

  • October 6, 2026
Resort terbiar di Sungai Lembing jadi pusat scam, 98 ditahan

Sultan Pahang akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah

  • September 28, 2026
Sultan Pahang akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah

Apa status kes gelaran ‘Dato’ Sri’ palsu Badrul Hisham orang kepercayaan Vincent Tan yang disiasat pada 2024?

  • September 25, 2026
Apa status kes gelaran ‘Dato’ Sri’ palsu Badrul Hisham orang kepercayaan Vincent Tan yang disiasat pada 2024?