Mengapa Himpunan Aman anjuran Jawatankuasa Mempertahankan Tanah Pengusaha FELDA Chemomoi pada 31 Oktober 2026 di ruang parkir awam bersebelahan Pejabat JPKK FELDA Chemomoi, Pelangai gagal dan tidak mencapai sasaran kehadiran yang dinyatakan penganjur.

Penganjur menyasarkan antara 500 hingga 1,000 peserta, terdiri daripada peneroka, penduduk setempat, masyarakat Orang Asli Bera, pengusaha kawasan Lakum dan Bukit Damar serta individu parti politik. Namun, menurut laporan lapangan yang hadir tak sampaipun 70 orang.
Program yang dijadualkan bermula pukul 9.30 pagi itu bertujuan membantah kelulusan hak memungut hasil tanaman atau tapping right yang dikatakan diberikan kepada sebuah syarikat konsesi kerajaan Advergen Marketing Sdn. Bhd
Antara individu yang disenaraikan hadir dalam laporan lapangan ialah Haslihelmy DM bin Dato’ Zulhasli (Abang pelakon Porn Malaysia) selaku Pengerusi Pertubuhan Suara Anak Pahang; Tamilchelvam a/l Muniratnam, selaku ketua himpunan; serta Siva a/l Thamilchelvam, Hanafiah bin Mohamad, Mohd Zawawi bin Zainuddin, Mohd Wadzi bin Yahya dan Halim bin Mohamad sebagai wakil peneroka.





Empat belas tahun teroka tanah haram apa Kerajaan Negeri dapat?
Di sebalik bantahan terhadap syarikat, persoalan asas mengenai status pengusahaan tanah tidak boleh diketepikan.Kerajaan Negeri hilang ratusan juta dalam tempoh yang lama.
MalaysiaGazette pada 14 Oktober 2026 melaporkan dakwaan pengusaha bahawa kawasan itu telah diusahakan sejak 2012, sedangkan permohonan tanah mereka masih belum diputuskan. Mereka bimbang kehilangan sumber pendapatan selepas pihak lain dikatakan mendapat hak memungut hasil tanaman.
Apakah maksudnya? Lebih 10 tahun hasil sawit di tanah haram disakau dan dijual kepada kartel sawit.
The Malaysia Press melaporkan wakil pengusaha meminta peluang meneruskan pengusahaan melalui koperasi dan kaedah tapping right, selain menyatakan kesediaan mematuhi syarat Jabatan Perhutanan serta membayar royalti.
Tapping right bukan pemberimilikan tanah
Tapping right merujuk kepada hak atau kebenaran memungut hasil tanaman kepada syarikat konsesi. Selama ini di tanah yang diceroboh ribuan ekar ini kartel sawit mendapat untuk menggunakan orang kampung, Dalam pertikaian kawasan yang didakwa diteroka tanpa kebenaran, hak memungut hasil perlu dibezakan daripada pemberimilikan tanah.
Mana mungkin orang asli mengusahakan ribuan ekar tanah yang luas jika di belakangnya bukan syarikat kartel yang kemudiannya menjual hasil sebelum memberikan hanya beberapa ribu pendapatan kepada orang asli.
Advergen Marketing Sdn. Bhd hanyalah konsesi pemungut hasil bukan pemilik tanah yang diceroboh.
Kerugian ratusan juta di Tasik Bera
Kes berasingan di Ramsar Tasik Bera menunjukkan besarnya kepentingan kewangan negeri dalam menangani penerokaan haram.
Kosmo! pada 24 September 2026 melaporkan anggaran kerugian RM387.8 juta akibat ketirisan hasil pembersihan hutan. Timbalan Pengarah Perhutanan Pahang (Operasi), Dr. Grippin Akeng, menjelaskan anggaran itu berdasarkan nilai stumpej RM55,400 sehektar bagi kira-kira 7,000 hektar kawasan diteroka.
Beliau menegaskan angka tersebut merupakan anggaran kasar dan jumlah sebenar hanya dapat ditentukan selepas bancian terperinci di lapangan.
Angka RM387.8 juta itu merujuk kepada Ramsar Tasik Bera.
Sebab itu atas orang asli pemimpin PKR Romani dan Bob Manolan meroyan dari PDRM, SPRM hingga SUHAKAM sebab keluarganya sakau lebih 200 ekar tanah diusahakan kelapa sawit. Berapa agaknya masuk poket selama lebih 10 tahun ini dan menjual sawit kepada kartel?
Bayangkan berapa pula kerugian khusus di Chemomoi atau keuntungan sawit sepanjang 14 tahun. Semua ini memperlihatkan bahawa penerokaan tanpa kebenaran melibatkan kehilangan nilai hasil hutan dan kepentingan awam yang besar.
Berapa agaknya keluarga gengster Tamilchelvam dan Siva dah sakau dari hasil di tanah haram di Hutan Simpan Kemasul (Tambahan) Felda Chemomoi?
Perbahasan mengenai tanah perlu turut menjawab berapa banyak hasil yang terlepas daripada kawalan negeri, pihak yang mendapat manfaat dan tindakan pemulihan yang diperlukan.
Ketegasan Sultan Pahang merangkumi sawit
Pendirian Sultan Pahang mengenai pencerobohan tanah telah dinyatakan dengan jelas.
Pada 18 April 2025, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita terhadap pencerobohan tanah kerajaan dan Hutan Simpan Kekal. Titah baginda merangkumi penanaman haram sawit, getah, durian serta pengeluaran hasil bumi lain.
Baginda turut menegaskan pendirian bahawa tiada kelulusan baharu MMK bagi permohonan tanah yang telah diceroboh secara haram.
Ketegasan itu tidak terbatas kepada durian atau tanaman tertentu. Kawasan sawit yang disahkan dibuka tanpa kebenaran juga perlu tertakluk kepada tindakan berdasarkan bukti dan proses undang-undang.
PMX mahu penguatkuasaan diperkukuh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 5 Oktober 2026 menegaskan bahawa pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana menjejaskan perancangan negara dan kepentingan rakyat.
Ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-83, beliau menekankan keperluan memperkukuh penguatkuasaan serta menangani segera isu yang dibangkitkan pihak berkepentingan, termasuk NGO.
Penegasan itu perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten terhadap kawasan penerokaan tanpa kebenaran, termasuk pemeriksaan status dan kegiatan pengeluaran hasil di kawasan sawit yang dipertikaikan.
Pencerobohan tanah – Ladang Sayur dan durian dikenakan tindakan tegas
Di Cameron Highlands, kebun sayur tanpa kebenaran seluas lebih 0.5 hektar di Hutan Simpan Ulu Bertam dimusnahkan melalui operasi bersepadu pada Ogos 2024. Struktur berkaitan turut dimusnahkan dan pemulihan kawasan dilaksanakan.
Di Raub pula, Kerajaan Pahang melaksanakan Ops Sekat terhadap kegiatan durian haram dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan pencerobohan tanah kerajaan atau hutan simpan kekal.

Prinsip penguatkuasaan yang sama perlu diterapkan terhadap kebun sawit yang disahkan diusahakan tanpa kelulusan. Kerajaan perlu menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil mengikut keadaan kes, sama ada memulihkan kawasan berkenaan, membenarkan kutipan hasil secara terkawal atau mengambil tindakan penguatkuasaan lain.
58 orang pendemo kena ‘pau’ berjaya kutip RM11,900- penganjur untung?
Bagi himpunan Chemomoi, senarai sumbangan yang dikemukakan mengandungi 58 entri: 57 sumbangan RM200 dan satu sumbangan RM500. Jumlah keseluruhannya ialah RM11,900.
Untuk apa kutipan ini? Untuk demo seterusnya?Tamilcelvam dan Siva gangster buat duit untuk demo ini.
Himpunan itu tidak mencapai sasaran kehadiran berdasarkan laporan lapangan yang diterima namun dapatlah ‘pau’ RM11,900 dari yang hadir.

Apakah demo lain selepas ini? Duduk ditanah haram lebih 13 tahun dan kini minta hak sama dengan konsesi Tapping Right. Kutipan hasil mesti diselaraskan bukan menyerahkan kepada penceroboh untuk menjual hasi mereka kepada kartel sawit.
Kerajaan perlu tegas terhadap pencerobohan sawit sebagaimana terhadap kebun sayur dan durian. Pada masa yang sama, setiap kelulusan serta pengurusan hasil tanah negeri mesti terbuka kepada penelitian.






