[VIDEO] Romani dan Bob Manolan: Pemimpin PKR dalang pencerobohan lebih 200 ekar hutan simpan, curi balak dan peralat Orang Asli

BERA — Siapa membiayai pembukaan tanah, siapa mengurus ladang dan siapa menerima hasilnya? Tiga persoalan ini perlu dijawab dalam pertikaian tanah di Tasik Bera, terutama selepas pihak penguat kuasa mengesyaki kegiatan penerokaan komersial berselindung di sebalik tuntutan tanah adat Orang Asli.

Pada 18 September 2026, Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali dilaporkan berkata, lebih 7,000 hektar Hutan Simpan Kekal Tasik Bera disyaki diteroka secara haram untuk tanaman komersial termasuk kelapa sawit dan getah. Beliau turut menyatakan ada sindiket luar Pahang yang mempergunakan masyarakat Orang Asli bagi membuka kawasan berkenaan.

Lebih mencetuskan persoalan ialah penemuan di satu lokasi yang menurut Saifullah hanya mempunyai enam rumah Orang Asli, tetapi kawasan penerokaannya mencapai kira-kira 1,000 ekar. Perbezaan skala itu memberikan alasan untuk menyiasat bentuk kegiatan yang dijalankan, jumlah pengusaha sebenar dan pihak yang menguasai hasil tanaman.

Laporan media pencerobohan haram tanah

Persoalannya bolehkah orang asli membuka ladang sebenar itu? duit dana mana jika bukan sindiket yang menggunakan nama orang asli

Pembukaan ladang pada skala besar memerlukan modal, jentera, pekerja, pengangkutan dan rangkaian pembeli. Oleh itu, siasatan perlu menjejaki pihak yang membayar kerja pembukaan, membekalkan anak benih dan baja, mengangkut buah sawit serta menerima bayaran jualannya. Komersial ekonomi orang asli atau untuk sindiket.

NGO orang asli atau kepentingan pemimpin PKR?

Romani Mohamad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Tanah Orang Asli Semelai Tasek Bera, dilaporkan mahu rundingan secara langsung dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau juga menyatakan pihaknya menolak tawaran pembahagian hasil 70:30 dan mahu mekanisme baharu dibincangkan bersama kerajaan negeri. Mengapa Romani membantah?

Sebagai pihak yang membawa tuntutan tersebut, Romani wajar menjelaskan keluasan sebenar kawasan dituntut, sempadannya, bilangan keluarga penerima manfaat dan cara pendapatan kebun diagihkan. Adakah setiap keluarga mengusahakan kebun sendiri? Adakah terdapat pengurusan ladang secara berpusat? Adakah mana-mana syarikat atau kontraktor mempunyai perjanjian dengan pengusaha? Siapa orang asli Semai yang mampu membuka ladang sawit ratusan hingga ribuan ekar?

Manakala adiknya Bob Manolan Mohamad merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat. Beliau merupakan bekas senator dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR.

Bob Manolan Mohamad pernah mencetuskan kontroversi menerusi isu “ugut Tok Batin” pada Januari 2019. Menurut laporan media bertarikh 14 Januari 2019 beliau yang ketika itu merupakan Ahli Dewan Negara memohon maaf berhubung kenyataannya yang mencadangkan agar kerajaan pusat tidak membayar gaji tok batin yang tidak menyokong dasar Pakatan Harapan (PH). Kenyataan itu menjadi titik kontroversi kerana mengaitkan bayaran gaji pemimpin masyarakat Orang Asli dengan sokongan terhadap dasar kerajaan.

Syarikat Romani dan Bob Manolan ceroboh tanah ratusan ekar

Rakyat perlu tahu keluarga Romani Mohamad sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Tanah Orang Asli Semelai Tasek Bera adalah dalang pencerobohan hutan simpan. Begitu juga Bob Manolan Mohamad Ahli Pimpinan Pusat PRK dan bekas senator tahu merekalah pembolot tanah-tanah di kawasan Bera menggunakan kedudukan pemimpin parti sebelum ini.

Romani dan Bob Manolan sebenarnya terlibat dengan penerokaan tanah untuk tanaman sawit serta penebangan balak di Bera, Pahang — Romani di Kg Gakuyah, manakala Bob Manolan di Kg Parthik. Dokumen syarikat, gambar dan video pencerobohan tanah bukti Romani dan Bob Manolan ini dalang kepada pencerobohan tanah serta memperalat orang asli untuk melindungi kepentingan lebih 300 ekar tanah keluarga mereka.

Syarikat Romani dan tanah haram

Berdasarkan rekod Romani mempunyai enam syarikat perniagaan, dengan Hokensujin Trading dan Terentang Farmer Trading masih aktif. Terentang Farmer Trading disenaraikan sebagai perniagaan milikan tunggal beralamat di Kampung Terentang, Gakuyah. Dilaporkan lebih 200 ekar tanah di bawah Romani melalui syarikat ini.

Ratusan ekar diceroboh. Balak dirompak dan kelapa sawit ditanam.
Bagaimana orang Asli boleh membuka kawasan sebesar ini di hutan simpan
jika tiada sindiket di belakangnya

Syarikat dan 100 ekar tanah Bob Manolan

Bob Manolan pula mempunyai lima syarikat perniagaan, dengan Seven Resources Management masih aktif. Aktiviti perniagaan yang dinyatakan merangkumi perladangan, sewaan jentera, pembekalan barangan dan pembersihan kawasan. Beliau dikaitkan dengan kegiatan penerokaan hutan simpan di Kg Parthik, Bera.

Romani dan Bob Manolan penama syarikat yang sama dalam Semelai Services Enterprise, Hoken Eco Resort serta JBM Trading & Services.

Video pencerobohan tanah haram boleh dilihat di atas

Romani dan Bob Manolan takut hilang hasil

Maka tidak hairanlah mengapa Romani dan Bob Manolan atas nama NGO apapun sanggup melawan kononnya tanah orang asli namun faktanya mereka tebang hutan dan buat ladang sawit berkeluasan lebih 200 ekar. Mereka sanggup memperalat Batin-Batin dan Lembaga Adat Orang Asli Semelai atas alasan mewakili seluruh komuniti namun sebenarnya membolot semua tanah-tanah ratusan ekor bersama hasilnya.

SPRM digesa membuka siasatan terhadap Romani dan Bob Manolan bagaimana mereka menceroboh hutan simpan dan menjadikan orang asli benteng kepada projek sakau dua beradik ini. Mereka ada kepentingan maka menjadi penentang kuat penguatkuasaan Kerajaan Negeri Pahang.

Related Posts

Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

Mengapa Himpunan Aman anjuran Jawatankuasa Mempertahankan Tanah Pengusaha FELDA Chemomoi pada 31 Oktober 2026 di ruang parkir awam bersebelahan Pejabat JPKK FELDA Chemomoi, Pelangai gagal dan tidak mencapai sasaran kehadiran…

  • Utama
  • November 11, 2026
Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

Anthony Loke akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 November 2026, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman kes SRC International…

You Missed

Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

  • November 16, 2026
Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

  • November 15, 2026
Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

  • November 15, 2026
BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

  • November 13, 2026
Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

  • November 11, 2026
Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah

  • November 7, 2026
Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah