Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

KUANTAN: Sebanyak 122 hak milik tanah milik syarikat Berjaya di Bukit Tinggi, Bentong dilucuthakkan kepada kerajaan Pahang selepas gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah RM70.48 juta.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali, berkata tunggakan itu melibatkan cukai tanah yang tidak dijelaskan seawal 2020.

Katanya, UPNP menjalankan operasi penguatkuasaan pada 28 September di beberapa lokasi, termasuk kuarters pekerja, dobi, Rabbit Park dan Japanese Garden.

“Sebanyak 122 hak milik yang telah dilucuthak telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci,” katanya, menurut Pahang Media

Saifullah berkata, semua aktiviti di lokasi terbabit diarahkan dihentikan serta-merta. Pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Beliau berkata, wakil Berjaya Group yang hadir dimaklumkan bahawa operasi itu menyusuli penampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September.

Menurutnya, Pentadbir Tanah Bentong telah mengeluarkan perintah lucuthak terhadap kesemua 122 hak milik berkenaan, manakala pewartaan Notis 8A dibuat pada Jun 2025.

Lokasi terbabit kemudian dipasang rantai dan mangga bagi menghalang aktiviti atau pendudukan tanpa kebenaran di atas tanah yang telah menjadi milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan itu kini tertakluk kepada arahan penangguhan yang dikeluarkan mahkamah.

  • Related Posts

    • Utama
    • October 15, 2026
    • 2 views
    Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

    Kerajaan Pahang kekal mempertahankan tindakan penguatkuasaan terhadap hartanah Berjaya Hills Resort Bhd di Bukit Tinggi, Bentong, meskipun syarikat itu memperoleh penangguhan sementara terhadap pelucuthakan beberapa premisnya. Menteri Besar, Datuk Seri…

    • Utama
    • October 14, 2026
    • 2 views
    Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta bersama keluarga, menurut peguam utamanya, Tan Sri Muhammad…

    You Missed

    Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

    • October 15, 2026
    Pahang lucut hak 122 tanah Berjaya, tunggakan cukai RM70.48 juta

    Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

    • October 15, 2026
    Berjaya Hills dapat penangguhan, Wan Rosdy tetap tegas: Boleh bersemuka, undang-undang mesti dipatuhi

    Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

    • October 14, 2026
    Najib dibenar jalani tahanan rumah di Langgak Duta, kata Shafee

    Resort terbiar di Sungai Lembing jadi pusat scam, 98 ditahan

    • October 6, 2026
    Resort terbiar di Sungai Lembing jadi pusat scam, 98 ditahan

    Sultan Pahang akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah

    • September 28, 2026
    Sultan Pahang akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah

    Apa status kes gelaran ‘Dato’ Sri’ palsu Badrul Hisham orang kepercayaan Vincent Tan yang disiasat pada 2024?

    • September 25, 2026
    Apa status kes gelaran ‘Dato’ Sri’ palsu Badrul Hisham orang kepercayaan Vincent Tan yang disiasat pada 2024?